Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Operasi SAR AirAsia QZ8501 Diteruskan Walaupun Cuaca Gelap

aa

JAKARTA – Usaha Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia Penerbangan QZ8501 diteruskan lewat hari ini walaupun cuaca semakin gelap, kata jurucakap Tentera Laut, Manahan Simorangkir.

Pasukan mencari dan menyelamat itu akan menggunakan lampu suluh berkuasa tinggi di kawasan perairan tempat mayat dan serpihan bangkai pesawat itu ditemui, kata Manahan dalam temu bual disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen, TVOne.

Beliau berkata setakat ini pihaknya hanya dapat mengesahkan mayat seorang wanita telah dibawa ke sebuah pangkalan berhampiran.

Pihak berkuasa telah mengesahkan penemuan sisa bangkai pesawat itu dan beberapa mayat yang terapung di kawasan perairan berhampiran Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah pada tengah hari ini.

Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal, berlepas dari Surabaya, Indonesia, pada 5.20 pagi Ahad dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 8.30 pagi hari sama.-BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan