Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,644

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Operasi perniagaan di Medan Selera Pantai Tanjung Aru bukan dihentikan-Mayor

3:33pm 19/05/2016 Nur Syafathin Mohd Yadi 1475 views Tempatan

 

Yeo menyampaikan sijil kepada pesara

Yeo menyampaikan sijil kepada para pesara.

 

KOTA KINABALU- Operasi perniagaan di Medan Selera Pantai Tanjung Aru bukan dihentikan serta merta sebaliknya akan di pindahkan ke lokasi sementara, tegas Datuk Yeo Boon Hai.

Yeo yang merupakan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu berkata, para peniaga diberikan dua pilihan untuk meneruskan perniagaan dilokasi baharu atau menghentikan operasi perniagaan mereka.

“Peniaga yang ingin meneruskan operasi perniagaan dan berpindah ke lokasi baharu perlu melangsaikan tunggakkan.

“Bagi yang tidak mahu meneruskan operasi perniagaan ke lokasi baharu, dengan ihsan DBKK, tunggakkan bayaran mereka akan dihapus kira,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang akbar sempena Majlis Jasamu Dikenang di Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), hari ni.

Menurut beliau, perpindahan lokasi perniagaan , ke perkarangan Plaza Tanjung Aru  tersebut akan berkuatkuasa pada 1 June 2016.

Sementara itu Yeo turut menyampaikan sijil penghargaan kepada seramai 90 orang pesara dan bakal persara antara tahun 2015 sehingga 2016.

Katanya majlis tersebut adalah untuk menghargai khidmat bakti yang di sumbangkan sepanjang berada dalam perkhidmatan awam khususnya di DBKK.

Hadir sama, Ketua Pengarah DBKK, Tuan Joannes Solida, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) DBKK, Tuan Bahari Hj. Hassan dan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia DBKK, Puan Junainah Abbie.-Syafathin M.Y./SayangSabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan