Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Operasi NVG bukti ketangkasan Helikopter Nuri TUDM

8:53am 14/05/2016 Leolerry Lajius 80 views Tempatan
GERAK….Helikopter Nuri siap siaga digerakkan.

GERAK….Helikopter Nuri siap siaga digerakkan.

Baru-baru ini, Malaysia sekali lagi digemparkan dengan peristiwa nahas helikopter yang  berlaku di Sarawak, yang mengorbankan lima nyawa termasuk Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon. Pesawat yang dalam perjalanan dari Betong ke Kuching pada kira-kira jam 4.12 petang, dilaporkan  hilang dari radar 20 minit selepas berlepas.

Namun, di sebalik kisah menyayat hati itu, tidak ramai yang mengetahui bagaimana sesuatu usaha mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Ia bukan sahaja didukung dengan kepakaran serta kelengkapan semata-mata, tetapi naluri insan dengan Yang Maha Pencipta tidak harus dipinggirkan.

‘Night Vision Goggles Operation’ (NVG)

Ketangkasan juruterbang dibantu kepakaran anggota krew penerbangan di samping penggunaan teknologi terkini ‘Night Vision Goggles Operation’ (NVG) membolehkan penerbangan di waktu malam dilaksanakan dengan jayanya dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR).

Latihan intensif yang berterusan serta pengalaman dalam beberapa operasi sebelum ini menjadi pemangkin usaha pantas dan tindakan segera Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) membantu setiap operasi SAR termasuklah semasa nahas kehilangan helikopter Eurocopter AS350 RPC3868 di Sarawak.

No 7 Skuadron di bawah Pegawai Pemerintah, Leftenan Kolonel Mohd Azhar TUDM yang berpengkalan di Pangkalan Udara TUDM Kuching telah mempamerkan komitmen dan kesungguhan dalam membantu operasi berkenaan.

Empat buah pesawat Nuri Sikorsky S61A (SK61A) sentiasa bersiap sedia untuk digerakan dalam apa juga bentuk  operasi samada siang atau malam. Ini terbukti semasa operasi tersebut, ‘Sang Nuri’  merupakan pesawat yang terawal tiba ke lokasi kejadian membawa bersama anggota mencari dan menyelamat Combat Air Rescue (CAR).

Walaupun dalam keadaan muka bumi yang berbukit sangat mencabar, ketangkasan dan ilmu pengetahuan serta pengalaman juruterbang dan anak kapalnya, menjadi faktor utama kejayaan setiap tugasan atau operasi.

NBOS…semua agensi berkaitan membantu melaksanakan usaha SAR.

NBOS…semua agensi berkaitan membantu melaksanakan usaha SAR.

Atas Nama Kemanusiaan

Demi menyelamatkan nyawa mangsa, semaksima mungkin unit ini sedaya upaya memastikan usaha SAR membawa keluar mangsa dari lokasi kejadian dengan kadar segera, di mana nyawa para anggota terlibat menjadi taruhan tanpa syarat.

Kesemua mangsa telah berjaya dibawa keluar untuk urusan pengecaman dan pengesahan sebelum diterbangkan ke Pangkalan Udara TUDM Subang bagi urusan pengkebumian dengan menggunakan pesawat TUDM jenis  Charlie C-130.

Penerbangan ehsan tersebut merupakan satu amanah dan tanggungjawab murni yang dilaksanakan oleh TUDM, tanpa mengira masa siang atau malam.

NBOS Ternyata Berkesan

Usaha dan kesungguhan semua pihak terlibat memperlihatkan konsep “National Blue Ocean Startegi (NBOS)” mampu menyatukan semua agensi terlibat dalam melaksanakan sebarang tugasan.

Tanpa mengira jabatan atau agensi semua kepakaran , kekuatan anggota dan lojistik digerakkan bersama demi usaha mencari dan menyelamat dalam apa juga musibah atau tragedy yang berlaku.

Daripada ketangkasan diudara, keberanian di air dan kepantasan di daratan menjadi faktor penentu kejayaan sesuatu operasi yang dilaksanakan. Semua unit menjadi satu, semua hati bersatu , semua jiwa menjadi utuh demi menjayakan Nbos.

Ibarat pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, hati kuman sama diratah hati gajah sama dilapah demikianlah jalinan semangat persaudaraan yang terjalin dinamakan 1Malaysia./SayangSabah 

SEDIA BERKHIDMAT…. Leftenan Kolonel Mohd Azhar TUDM, Pegawai Memerintah 7 Skuadron merakamkan kenangan bersama Helikopter Nuri yang menjadi kebangaan TUDM.

SEDIA BERKHIDMAT…. Leftenan Kolonel Mohd Azhar TUDM, Pegawai Memerintah 7 Skuadron merakamkan kenangan bersama Helikopter Nuri yang menjadi kebangaan TUDM.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan