Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Operasi Mengesan Penjenayah Akan Diteruskan Setiap Hari

12:40pm 07/11/2016 Pak Roshan 248 views Jenayah,Mutakhir

10632794_700831716742702_7027910775227513551_n

Tawau, 6 November 2016 – Sehingga kini operasi-operasi yang dijalankan oleh pelbagai elemen dalam Polis Daerah Tawau sentiasa ditingkatkan untuk mendapat keberhasilan dalam usaha untuk menurunkan kadar jenayah di daerah ini.

Usaha bagi menggempur penjenayah dan dadah ini dilakukan tanpa mengira waktu dan hasilnya telah berjaya menahan dan menangkap antaranya suspek-suspek kes pecah rumah di Kongsi 8 serta beberapa kawasan lain termasuk daerah Kunak. Manakala 2 lelaki pula ditahan kerana mencuri kabel.

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) tidak terkecuali dari menjalankan sekatan jalan raya dan ops untuk mengesan samseng-samseng jalanan pesalah trafik. Tiada kompromi malah saman dikeluarkan bagi yang melakukan kesalahan.

Selain daripada itu, pihak polis juga berjaya mengesan dan menangkap pesalah-pesalah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Mereka ditahan bersama dadah jenis syabu dan ujian air kencing pula menunjukkan mereka positif Methamphetamine.

Untuk melaksanakan tangkapan pihak polis tidak sewenang-wenang membuat serbuan tanpa persediaan apalagi berdepan dengan pelbagai aksi bahaya yang tidak diduga dari penjenayah. Strategi yang diatur rapi selain kerjasama dalam pasukan merupakan faktor utama kejayaan.

Polis Daerah Tawau akan tetap komited dan akan terus meningkatkan usaha menggempur penjenayah dan dadah dari masa ke semasa.

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

14732300_700831616742712_3594270403818193759_n 14906888_700831793409361_5408142250212348654_n 14907110_700831863409354_4850043981684861073_n 14907236_700831910076016_8471510583920588428_n 14908188_700831823409358_8965835124017921221_n 14925320_700831753409365_2102913487305831690_n

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan