Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,708

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Operasi mencari warga emas terjun ke Sungai Pegalan

8:27pm 02/11/2015 Ann Vivien 165 views Jenayah,Tempatan

polis

KENINGAU: Operasi mencari seorang lelaki warga emas yang terjun dari jambatan sungai Pegalan sedang giat dijalankan.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Douglas Nyenging Taong berkata operasi mencari lelaki itu dijalankan berikutan laporan yang mengatakan bahawa warga emas itu terjun ke sungai sedalam lima meter tersebut.

Katanya lagi, seramai sembilan anggota Polis, seorang pegawai dan sembilan anggota Bomba dan lima orang anggota Jabatan Petahanan Awam dikerah ke tempat kejadian untuk mencari lelaki tersebut.

“Identiti lelaki itu masih belum diketahui dan masih dalam siasatan. Hanya seorang saksi berusia 10 tahun yang melihat kejadian tersebut,” katanya.

Setakat jam 5.00 petang tadi, mangsa masih belum ditemui dan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.-  Leolerry Lajius/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan