Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

OPERASI MENCARI PEMANCING JATUH DI LAUT DITAMATKAN

Operasi mencari dan menyelamat seorang ahli perniagaan yang terjatuh ke dalam laut semasa memancing awal pagi Rabu lalu di perairan Pulau Sepanggar ditamatkan hari ini. Gambar SNT/Ehsan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Operasi mencari dan menyelamat pemancing yang terjatuh dari perahu dan dikhuatiri lemas di perairan Pulau Sepanggar ditamatkan pada hari ini.

Timbalan Operasi Maritim Sabah, Kapten Maritim Asmawati Mohd Tujeri berkata, mangsa Chong Chean Kean, 48, masih belum ditemui dan memaklumkan operasi ditamatkan selepas tiga hari pencarian pada jam 4.30 petang tadi.

Operasi yang bermula pada pagi Rabu lalu telah meliputi kawasan dengan keluasan keseluruhan 362 batu nautika persegi sehingga petang tadi namun masih gagal mengesan mangsa.

“Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat Malaysia (MRSC) Sabah merakamkan ribuan terima kasih kepada Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia, Bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia kerana terlibat dengan operasi ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengingatkan kepada semua pengusaha bot pelancong, bot memancing, nelayan dan komuniti maritim lain agar sentiasa memakai jaket keselamatan apabila menjalankan sebarang aktiviti dilaut.

Sebarang maklumat dan aduan boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sabah di talian 088-270165 atau MERS 999 bagi memaklumkan sebarang penemuan yang mencurigakan atau kes kecemasan di laut. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan