Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

OPERASI MENCARI DAN MENYELAMAT WARGA EMAS HILANG DI KAMPUNG TABURAN, KOTA BELUD

Operasi mencari warga emas hilang di Kampung Taburan diteruskan. Gambar SNT/Ehsan Bomba

KOTA BELUD:  Seorang warga emas yang hilang sejak Jumaat di hutan Kampung Taburan di sini masih belum ditemui lagi.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) 11 Thomas Bolu berkata, mangsa, 86, seorang perempuan dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya apabila menyedari mangsa tidak pulang ke rumah sejak pagi kelmarin selepas pergi ke hutan.

Thomas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan pada jam 6.11 petang (10 Ogos) dan menggegaskan dua orang anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud bersama-sama dengannya.

“Siasatan awal mendapati mangsa keluar daripada rumah ke kawasan hutan berhampiran dari jam 6 pagi dan tidak pulang ke rumah.

“Usaha SAR dijalankan oleh penduduk kampung namun mangsa masih belum ditemui.

“Pasukan bomba ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat seterusnya operasi SAR dijalankan bersama penduduk kampung,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, operasi berkenaan diteruskan pada hari ini (11 Ogos) dengan bantuan dari pasukan Multi Task Team Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPMB) Sabah seramai 10 orang serta lima orang anggota BBP Kota Belud.

Tambahnya, operasi SAR turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Kuala Abai, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Menurutnya, operasi hari kedua itu ditangguhkan pada jam 6 petang hari ini. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan