Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Operasi Mencari Dan Menyelamat Mangsa Bot Karam Di Selangor Diteruskan

botkaram

KUALA LANGAT: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa tragedi bot karam di Banting dan Sepang akan diteruskan walaupun akan melepasi tempoh tatacara operasi standard (SOP) yang menetapkan tujuh hari sebagai tempoh sesuatu operasi.

Ketua Penguatkuasa Maritim Klang, Kapten Maritim Mohd Aliyas Hamdan berkata tempoh SAR itu akan dilanjutkan ekoran penemuan satu mayat terbaharu di Beacon Air Gila, perairan Sepang hari ini yang membawa petunjuk baharu kepada pasukan SAR.

“Kita jangkakan akan menemui lagi (mayat) selepas ini, APMM akan menambah masa pencarian walaupun hanya tinggal dua hari bagi kes di Sungai Air Hitam dan tiga hari di perairan Sepang,” katanya kepada media ketika membuat tinjauan di jeti Kampung Kelanang di sini hari ini.

 

Bagaimanapun, beliau berkata APMM akan mengadakan perbincangan bersama dengan pelbagai agensi kerajaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM),Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sebelum usaha pencarian dilanjutkan.

“Apabila kesemua agensi terlibat memutuskan sudah tiada mangsa yang ditemui baru kita akan putuskan untuk menghentikan operasi mencari dan menyelamat,”katanya.

Mengulas mengenai operasi SAR yang turut disertai oleh pasukan mencari dan menyelamat dari negara Indonesia, Mohd Aliyas memberitahu perkara itu tidak mengganggu operasi SAR yang dijalankan di negara ini.

“Indonesia hanya menjalankan operasi SAR di kawasan perairan mereka dan mereka tidak dibenarkan masuk ke kawasan perairan Malaysia, begitu juga bagi pihak Malaysia tidak dibenarkan masuk ke kawasan perairan Indonesia,” katanya.

Sementara itu, enam anggota bomba dan penyelamat dari pasukan SAR Jeti Kampung Kelanang menjumpai dua beg berwarna merah dan hitam yang mengandungi barangan peribadi dipercayai milik mangsa akibat bot karam di kawasan 1.5 batu nautika dari pantai Morib jam 3.15 petang hari ini.

Pada kejadian 18 Jun lepas, bot yang membawa 97 penumpang karam di perairan Sungai Air Hitam pada awal pagi. Mangsa yang selamat ditemui seramai 63 orang, 14 maut manakala 20 masih hilang.

Sehari selepas kejadian itu, satu lagi kejadian bot karam berlaku di perairan Sepang yang membawa 27 penumpang. Sehigga kini satu mayat dijumpai, enam terselamat dan 20 lagi masih hilang.

Komen


Berita Berkaitan