Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,747

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Operasi lebih masa, dua lelaki didenda

2:25pm 02/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 60 views Jenayah,Tempatan

KOTA KINABALU- Dua orang lelaki tempatan masing-masing didenda RM 3,000 atau emapt bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, disini, hari ini, atas kesalahan menjalankan perniagaan lebih masa.

Dickson Fung Ka Chian dan Lee Chee Ming yang hadir di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie mengaku telah melakukan kesalahan tersebut di sebuah premis hiburan di Lintas Square, pada jam 3.50 pagi, 16 Januari lalu.

Kedua-dua tertuduh dihukum dibawah Seksyen 4 Ordinan Hiburan Awam 1958 yang memperuntukkan denda sehingga RM 50,00o atau penjara selama tempoh sehingga satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam mitigasi, kedua-dua tertuduh memohon agar mahkamah mengenakan denda yang minima kepada mereka dan ini merupakan kesalahan pertama bagi  keduda-dua tertuduh.

Pendakwaan dilakukan oleh Cif Inspektor Lim Swee Beng. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan