Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

OPERASI KERETAPI DARI STESEN KINARUT KE KOTA KINABALU DIHENTI SEMENTARA: PETER ANTHONY

KOTA KINABALU: Kerajaan memandang serius dan mengambil pendekatan holistik dalam memperketatkan sistem keselamatan kesemua penghadang jalan sepanjang laluan kereta api.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony berkata, kementeriannya akan mengarahkan Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) untuk melaksanakan pendekatan berkenaan agar tidak ada lagi kemalangan seperti insiden yang berlaku di Tugu Peringatan Petagas pada Rabu.

Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Peter Anthony. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai

Katanya, langkah berkenaan adalah bagi memastikan setiap penghadang sepanjang landasan (rel) kereta api berfungsi dengan lebih baik.

“Sepatutnya penghadang ini berfungsi dengan baik tetapi jika ia tidak berfungsi, kebiasaanya kita akan menghantar pengawal-pengawal keselamatan ke kawasan berkenaan,” katanya ketika membuat kunjungan ke atas Menteri Belia dan Sukan Frankie Poon di sini hari ini.

Peter juga tidak menafikan kemungkinan berlaku ‘sabotaj’ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan penghadang-penghadang yang diletakkan di setiap simpang lintasan keretapi tidak berfungsi sepenuhnya.

“Kecurian kabel sering kali berlaku melibatkan aktiviti vandalisme yang boleh membawa kepada insiden yang tidak diingini.

“Namun, kita tengah menunggu laporan penuh berkenaan insiden ini sama ada penghadang jalan tersebut telah disabotaj ataupun berlakunya vandalisme mahupun kecurian kabel di setiap stesen kerana perkara seperti ini sering sahaja berlaku.

“Kita juga telah mengarahkan pihak JKNS untuk memperketatkan lagi kawalan di setiap stesen yang mempunyai penghadang jalan agar dapat berfungsi dengan baik,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, pihaknya mencadangkan agar menghentikan sementara pengoperasian kereta api dari stesen Kinarut ke Kota Kinabalu.

Jelasnya, pemberhentian operasi sementara tersebut bertujuan mengelakkan kereta api masuk ke kawasan Kota Kinabalu sehingga siasatan penuh dikeluarkan.

“Kita akan melihat kepada laporan yang akan kita dapat nanti yang mana jika perlu kita akan berhentikan operasi kereta api itu sehingga di stesen Kinarut.

“Pemberhentian sementara operasi ini dilakukan sehingga semua penghadang-penghadang jalan diperiksa dengan sepenuhnya untuk mengelakkan kemalangan berulang,”katanya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan