Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Operasi dua IPP di Kimanis bantu stabilkan bekalan elektrik Sabah

kimanis

KOTA KINABALU: Selepas pengoperasian dua janakuasa bebas (IPP) di Kimanis, Sabah bakal menikmati bekalan elektrik yang lebih stabil bermula Ogos depan.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kedua-dua IPP itu termasuklah Kimanis Power Sdn Bhd (KPSB) dan SPR Energy Sdn Bhd.

Menurutnya, KPSB yang mempunyai dua blok janakuasa akan mula beroperasi pada 14 Julai manakala SPR Energy Sdn Bhd pada 31 Julai ini.

“Janakuasa berkenaan akan menghasilkan kapasiti tenaga dalam grid negeri sebanyak 280 Megawatt (MW) iaitu 180MW daripada KPSB dan 100MW menerusi SPR Energy.

“Selain itu, kita ada satu lagi blok janakuasa yang dijangka beroperasi pada Oktober akan datang dengan kapasiti 95MW.

“Sehubungan itu, jumlah kapasiti tenaga sedia ada akan bertambah dan membantu menstabilkan bekalan elektrik di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Pasukan Kerja ‘Taskforce’ Perancangan dan Pemantauan Pelaksanaan Projek Bekalan Elektrik Sabah di sini Selasa lepas.

Mahdzir berkata, buat masa ini, Sabah mempunyai kapasiti tenaga sebanyak 930MW yang dibekalkan oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

“Kita berusaha yang terbaik untuk menyediakan bekalan elektrik yang stabil dan meminimumkan semua masalah yang dihadapi.

“Dengan adanya margin simpanan tenaga lebih 200MW, kita berharap masalah bekalan elektrik di Sabah dapat dikurangkan.

“Di samping itu, kita juga akan memantau semua penjanaan yang ada di kawasan bandar lain seperti Sandakan dan Tawau untuk diperbaiki,” katanya.

Selain itu, pihaknya turut menyasarkan Indeks Purata Gangguan Sistem Bekalan Elektrik  (Saidi) mencapai 433 minit hingga akhir tahun ini.

Selepas sidang media itu, Mahdzir turut berkesempatan meraikan anak-anak dari Rumah Kesayangan Sembulan sempena dengan Majlis Berbuka Puasa anjuran SESB.

Seramai 50 penghuni rumah berkenaan menerima sumbangan berupa duit raya dan hamper. Turut hadir, Pengarah Urusan SESB Abd Razak Sallim.

Komen


Berita Berkaitan