Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,656

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Operasi Cari Empat Individu Hilang Di Kudat Meliputi 3,370 Batu Nautika

10:04pm 07/05/2016 Pak Roshan 340 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

apmm1-600x367

KUDAT : Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat individu yang hilang bersama bot yang mereka naiki di kawasan perairan Pulau Balambangan yang masuk hari kelima hari ini meliputi kawasan seluas 3,370 batu nautika persegi, sebelum ditangguhkan pada 7 malam.

Agensi Penguatkuasaan Malaysia (Maritim Malaysia) dalam kenyataannya hari ini berkata tumpuan carian hari ini ialah di barat daya Kudat dan pesisiran pantai barat daya sektor asal carian merangkumi kawasan Simpang Mengayau hingga ke Mengalum.

Bagaimanapun, semua aset udara dan laut yang digunakan dalam operasi SAR berkenaan belum menemui mangsa, menurutnya.

Menurut kenyataan itu, dalam operasi hari ini, Maritim Malaysia menggunakan aset KM Memmon, Cenderawasih 10 dan helikopter Dauphin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggerakan KD Jerong dan KD Johor manakala Pasukan Gerakan Marin (PGM) menggunakan aset RH 18 dan RH 49.

SAR akan diteruskan esok untuk hari ke-6, menurut kenyataan itu.

Dalam insiden lewat petang Isnin lalu, empat individu yang dilaporkan hilang itu ialah suami isteri dari Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel, kedua-duanya berusia 30 tahun, warga China yang juga pemilik resort di Tanjung Simpang Mengayau, Lam Wai Yin Tommy, 45, dan wanita tempatan yang juga pekerja resort, Armella Ali Hassan, 23.

Semua mangsa sepatutnya tiba di Tanjung Simpang Mengayau pada 8 malam hari sama.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan