Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,634

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Operasi Bersepadu Khas ESSCOM Gempur Perkampungan Rumah Atas Air Kampung Titingan Ice Box

9:32pm 22/08/2016 Pak Roshan 12221 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan
Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Tawau, 22 Ogos – Seramai 16 orang dipercayai pendatang tanpa izin (PATI) sebahagian besar warga Filipina ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas ESSCOM di perkampungan rumah atas air Kampung Titingan (Ice Box), Tawau pagi tadi.

Dalam operasi berkenaan Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Bin Hj Marsus ‪#‎fadilfireblade‬ berkata, warga asing itu membabitkan secara keseluruhanya 16 orang lelaki ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah serta 10 orang lelaki ditahan dibawah seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Taklimat operasi berkenaan telah disampaikan oleh DSP Jasmin Bin Hussin Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti dibantu oleh ASP Lahammad Bin Saleng dari Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tawau. Operasi bersama pelbagai agensi penguatkuasa, agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang diterajui oleh ESSCOM termasuk SESB, Jabatan Air dan Suruhanjaya Tenaga bermula dari jam 7.30 pagi itu tertumpu di kawasan perkampungan atas air berkenaan.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan terpaksa merobohkan rumah atas air yang membahayakan penduduk sekitarnya kerana penyambungan wayar elektrik secara haram. Sebelum ini mereka telah diberikan notis untuk mengosongkan rumah mereka dan merobohkan rumah yang dibina namun mereka masih berdegil menyebabkan pihak berwajib terpaksa mengambil tindakan sedemikian.

Operasi tersebut berjalan lancar. ACP Fadil menegaskan bahawa pendekatan secara ‘ Aggressive Policing ‘ oleh pihak polis daerah Tawau bertujuan untuk meningkatkan rasa selamat di kalangan masyarakat selaras dengan usaha menjadikan Tawau ini sebagai daerah yang selamat dan sejahtera.

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

14064192_662155737276967_700217393389856042_n

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

pdrm

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Foto : Unit Media IPD Tawau

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan