Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Operasi Bersepadu Khas berjaya kurangkan dominasi penjaja PATI

Abdul Rashid (tengah) dan Ruji (kiri) ketika meninjau tapak projek pembinaan kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran.- foto ihsan Esscom
Abdul Rashid (tengah) dan Ruji (kiri) ketika meninjau tapak projek pembinaan kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran.- foto ihsan Esscom

BELURAN – Operasi Bersepadu Khas yang diterajui Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) berjaya mengurangkan dominasi pendatang asing tanpa izin (PATI) perniagaan kecil-kecilan atau penjaja di empat bandar utama di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Komander Esscom, Datuk Abd. Rashid Harun berkata, kejayaan itu membuktikan operasi yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan negeri dan Persekutuan itu berkesan seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Sebelum ini, katanya, aktiviti menjaja di kawasan tumpuan orang ramai di bandar  Sandakan, Lahad Datu, Semporna dan Tawau didominasi oleh penjaja haram PATI.

“Alhamdulillah, sejak operasi bersepadu dilancarkan di empat bandar itu, dominasi PATI sudah berkurangan. Ia sekaligus membuka peluang kepada orang tempatan untuk berniaga dan seterusnya menguasai aktiviti menjaja di bandar-bandar tersebut,” katanya dalam sesi dialog Esscom bersama pemimpin belia, di sini semalam.

Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Esscom, Ruji Ubi; Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Beluran, Abdul Rahman Talipudin dan Pengarah Bahagian Keurusetiaan Esscom, Newmond Tibin.

Sehubungan itu, Abd Rashid meminta golongan belia supaya merebut peluang perniagaan yang terbuka sekaligus membantu memajukan ekonomi di Esszone.

Dalam pada itu, beliau juga memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak melindungi atau bersekongkol dengan PATI terutama yang terlibat dengan jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan.

“Kita tidak mahu ada di kalangan kita yang menjadi talibarut penjenayah atau pembelot kepada negara,” ujarnya sambil menambah pihak Esscom tidak berkompromi terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang melanggar undang-undang. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan