Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Operasi Bersepadu ESSCOM Gempur Perkampungan Atas Air Kampung Tanjung Batu Pukat Tawau

Foto Unit Media IPD Tawau
Foto Unit Media IPD Tawau

Tawau, 23 Disember 2016 – Operasi bersepadu yang diselaraskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah dilancarkan di sekitar perkampungan atas air di sini awal pagi tadi yang menyaksikan seramai 20 orang ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah serta meragukan.

Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dokumentasi dilakukan seramai 13 orang telah ditahan manakala selebihnya dibebaskan selepas dapat membuktikan dokumen yang sah diri masing-masing.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Bin Hj Marsus #fadilfireblade berkata operasi bersepadu yang bermula jam 2.00 pagi itu melibatkan pelbagai agensi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh ASP Helmi Bin Mat Yusoff dari Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti dan dibantu oleh Insp Mohd Rashid Bin Mokhetar, Ketua Polis Balai dan diselia oleh ESSCOM, operasi bersepadu itu tertumpu di kawasan penempatan perkampung air Kampung Tanjung Batu Pukat, Tawau.

Pihak Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Polis Daerah Tawau memandang serius tentang masalah PATI di daerah ini.

ACP Fadil mengulas seramai 90 pegawai dan anggota dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, termasuk PDRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, KPDNKK turut menyertai operasi itu.

Tangkapan diserahkan kepada pihak Imigresen Tawau dan disiasat dibawah seksyen 51 (5) (b) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Foto Unit Media IPD Tawau
Foto Unit Media IPD Tawau
Foto Unit Media IPD Tawau
Foto Unit Media IPD Tawau
Foto Unit Media IPD Tawau
Foto Unit Media IPD Tawau
Foto Unit Media IPD Tawau
Foto Unit Media IPD Tawau

Komen


Berita Berkaitan