Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Operasi berkala banteras PATI diperhebat

pti

TAWAU – Operasi secara berkala bagi membanteras pendatang tanpa izin (PATI)  khasnya di kawasan yang dikenalpasti sebagai penempatan mereka akan terus diperhebatkan oleh agensi-agensi penguatkuasa terlibat di daerah ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Awang Besar Dullah menjelaskan, operasi secara berkala bagi membanteras PATI juga menumpukan usaha bagi mengesan pemilik syarikat atau pihak lain yang melindungi Pati dengan menggaji atau menyewakan kediaman kepada PTI.

“Kita perlu maklum bahawa mereka yang datang ke daerah ini disebabkan faktor mencari pekerjaan dan terdapatnya hubungan kekeluargaan di sini, sebab itu hari ini kita tangkap dua hari kemudian mereka kembali ke sini,” katanya dalam Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Tawau (MPT), di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, menambah faktor mencari pekerjaan dan hubungan kekeluargaan itu menyebabkan kes jenayah yang dilakukan pendatang tanpa izin lebih rendah berbanding penduduk tempatan.

Awang Besar juga tidak menolak bahawa keperluan asas yang lengkap meliputi sambungan bekalan air dan elektrik secara haram di kawasan penempatan Pati juga menjadi faktor penyumbang isu ini sukar dibanteras.

“Bila kita buat operasi, kita akan libatkan agensi lain seperti Jabatan Imigresen, Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) bagi melancarkan operasi, namun hari ini potong bekalan elektrik dua hari kemudian sambung balik,’’ujarnya.

Sehubungan itu katanya, pemantauan secara bersama perlu dilakukan dalam usaha membanteras isu ini daripada terus berlaku. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan