Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Operasi Berjalan Lancar Selepas Perpindahan AirAsia Ke Terminal 1 KKIA

11:23pm 04/12/2015 Pak Roshan 156 views Isu Semasa,Mutakhir
airasia-passenger-planes

gambar hiasan

KUALA LUMPUR : Operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berjalan lancar susulan perpindahan AirAsia pada 1 Dis, 2015.

Dalam kenyataan pada Jumaat, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata setakat ini, sebanyak 272 penerbangan AirAsia dengan 68 penerbangan sehari telah masuk dan keluar dari KKIA.

Katanya sejak penyatuan operasi di bawah satu bumbung, sejumlah 16 syarikat penerbangan komersial beroperasi di Terminal 1.

“KKIA menyaksikan peningkatan dari segi jumlah penerbangan dengan purata 200 penerbangan sehari.

“Jumlah penumpang yang menaiki penerbangan melalui KKIA turut meningkat kepada kira-kira 18,000 penumpang sehari berbanding 8,000 penumpang sebelum ini,” kata MAHB.

Menurut Lembaga Pelancongan Sabah, sehingga September lepas, jumlah ketibaan pelancong di Sabah melebihi dua juta orang.

“Resit jualan di beberapa buah kedai di KKIA turut naik sebanyak 50 peratus sejak empat hari lalu disebabkan lebih ramai orang melalui terminal itu,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan