Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Operasi Banteras Rasuah Ke Atas Pihak Penguat Kuasa Esszone

esszone

PITAS – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melancar operasi besar-besaran bagi membanteras masalah integriti dalam kalangan kakitangan awam khusus yang bertugas di bahagian penguatkuasaan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Timbalan Pengarah Perisikan ESSCOM, ACP Hashim Justin berkata pihaknya memandang serius masalah itu dan bertekad untuk membersihkan jentera awam bahagian penguatkuasaan di ESSZONE daripada masalah integriti.

“ESSCOM kini berdepan dua ancaman keselamatan iaitu ancaman yang datang dari luar dan ancaman dari dalam.

“Ancaman dari dalam bukan sahaja dari kalangan pendatang tanpa izin (PATI) yang menjadi tali barut penceroboh bersenjata dan penjenayah rentas sempadan, tetapi juga musuh dalam selimut yang terdiri daripada kakitangan awam (penguat kuasa) yang terlibat dengan amalan rasuah dan salah laku yang memudah cara kemasukan PATI dan aktiviti penyeludupan di ESSZONE,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah mengenai keselamatan pada majlis berbuka puasa anjuran ESSCOM di Masjid Pangiran Haji Abdul Karim, Kampung Kalumpang dekat sini malam tadi.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Ruji Ubi dan Pengarah Pusat Operasi ESSCOM, Brig Jen Dato’ Tuan Roslan Tuan Ismail.

Hashim berkata perkara itu telah dibawa dan dibincangkan di peringkat tinggi dan ESSCOM bersama SPRM telah bersetuju untuk melancarkan operasi tersebut.

“Seperti yang kita tahu berdasarkan kes lampau, ramai pendatang tanpa izin yang menyelinap masuk ke negara kita melalui ESSZONE dan seterusnya memperoleh kad pengenalan MyKad kerana dibantu oleh kakitangan awam sendiri yang menerima wang kopi atau rasuah.

“Begitu juga aktiviti penyeludupan. Aktiviti ini berterusan sehingga sekarang kerana ada di kalangan kakitangan awam atau penguat kuasa yang tidak berintegriti. Ingat mulai hari ini, ESSCOM bersama SPRM akan memburu mereka,” katanya.

Hashim berkata minyak petrol atau diesel yang diseludup dengan cara rasuah ke selatan Filipina sebenarnya telah membantu kumpulan penjenayah rentas sempadan dari negara itu memasuki dan melakukan jenayah di ESSZONE.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka supaya memberhentikan perbuatan itu serta merta kerana ia boleh mengancam dan memudaratkan keselamatan negara.

“Marilah kita bersatu menjaga keselamatan rakyat Sabah, khususnya di ESSZONE. Sama ada kita anggota kakitangan awam, termasuk penguat kuasa atau pasukan keselamatan, jangan kita gadai kedaulatan negara,” katanya.

Hashim turut meminta orang ramai supaya melaporkan kepada pihak berkuasa, jika mempunyai bukti yang kukuh kakitangan awam di ESSZONE terlibat dengan amalan rasuah dan salah laku. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan