Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Operasi 115 Penyelam Bawa Naik Mayat QZ8501 Dari Dasar Laut

aa

PANGKALAN BUN – Satu pasukan penyelam Badan Pencari dan Penyelamat Nasional (Basarnas) mengandungi 15 anggota dilaporkan turun ke dasar laut bagi meninjau bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 pada pagi Khamis.

Menurut jurucakap agensi itu, sebaik sahaja kumpulan pertama menilai bilangan serta kedudukan mayat baki penumpang dan anak kapal, kira-kira 100 penyelam Basarnas akan turun mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap di situ.

“Kita akan dapatkan maklumat tepat daripada 15 penyelam pertama dan hasil penilaian mereka, 100 penyelam kumpulan kedua akan diarah ke tempat mayat di dalam bangkai pesawat tersebut,” kata ketua Basarnas, Bambang Soelistyo.

Rangka kapal terbang itu berjaya ditemui pada Rabu oleh kapal tentera laut Singapura, MV Swift Rescue, kira-kira dua kilometer dari lokasi ekor pesawat yang mengandungi dua kotak hitam di Selat Karimata dekat wilayah Kalimantan Tengah.

Setakat ini hanya 50 mayat berjaya ditemui daripada 162 mangsa apabila pesawat yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu dilaporkan hilang sebelum ditemui tiga hari kemudian di perairan Laut Jawa tersebut.

Dalam pada itu, kotak hitam pesawat berkenaan yang berjaya dibawa naik pada Selasa lalu telah dihantar untuk analisis pakar di pejabat Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan di Jakarta, menurut ketuanya, Tatang Kurniadi.

“Kita berjaya memuat turun 174 jam daripada kotak perakam data penerbangan dan dua jam lagi daripada kotak perakam suara kokpit untuk tujuan penyiasatan lebih terperinci bagi mencari punca sebenar kemalangan tersebut,” kata beliau.

Data daripada kedua-dua kota hitam berkenaan perlu diubah kepada format sesuai yang boleh dibaca sebelum proses analisis lebih lama dimulakan pasukan penyiasat tempatan dan ia dijangka mungkin mengambil masa panjang berbulan-bulan. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan