Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Op Selamat catat hasil memberangsangkan

opss

KOTA KINABALU – Op Selamat yang diadakan sempena cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri bermula 10 hingga 17 Julai lepas oleh Ibupejabat Polis Daerah mencatat hasil yang memberangsangkan.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner M.Chandra berkata, maklum balas positif di kalangan orang ramai yang meninggalkan rumah untuk pergi bercuti juga meningkat, apabila sebanyak  92 buah rumah telah dilaporkan di balai polis berhampiran kawasan masing-masing.

“Sepanjang tempoh tujuh hari Op Selamat dilancarkan, sebanyak 1,797 lawatan telah dijalankan pihak berkuasa ke atas rumah yang ditinggalkan termasuk premis perbankan, kedai 24 jam dan kedai emas,” katanya di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, operasi itu mencatat satu kes pecah rumah yang dilaporkan berlaku di kawasan Tanjung Aru.

“Pemilik rumah terbabit tidak memaklumkan kepada pihak polis semasa hendak meninggalkan rumah untuk bercuti, oleh itu pemantauan tidak dapat dilaksanakan,” jelasnya.

Sementara itu, Chandra juga berkata, operasi yang dijalankan Polis Trafik di Jalan Kepayan, Jalan Lintas dan Jalan Sepanggar menyaksikan jumlah kemalangan jalanraya terutama yang membabitkan kematian berjaya dikurangkan.

“Kebanyakan mangsa kemalangan hanya mengalami kecederaan ringan selain melibatkan kerosakan harta benda,” katanya sambil berharap jumlah nahas jalanraya akan dapat dikurangkan lagi dari masa ke semasa.

Polis Trafik memberikan tumpuan mengeluarkan saman kepada pengguna jalanraya yang melakukan kesalahan melanggar lampu isyarat, memotong kenderaan lain secara berbahaya dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

“Kesemua kesalahan lalulintas tersebut boleh menyebabkan nahas jalanraya berlaku,” katanya.

Oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan