Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

OP Samseng Jalanan, 143 saman dikeluarkan

8:25pm 06/12/2015 Leolerry Lajius 254 views Jenayah,Tempatan

IMG-20151206-WA0004

KOTA KINABALU: Sebanyak 15 keping saman Pol 257 dan 128 keping saman 170A dikeluarkan dalam OP Samseng Jalanan atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dibuat oleh pihak polis di luar pusat hiburan The Bed dan Oceanus Waterfront Mall.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, sebanyak 23 buah motosikal telah disita di bawah Sek.42(1) dan Sek.60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan seramai tiga orang pemandu didapati mengambil alkohol yang berlebihan dalam operasi tersebut.

Tambah beliau walaupun aktiviti samseng jalanan di Kota Kinabalu agak terkawal namun masih memerlukan pemantauan yang berterusan bagi mencegah kegiatan ini dari berleluasa.

“Usaha akan diteruskan bagi mengesan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dapat mencegah kemalangan maut, “katanya. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan