Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Op pelbagai, Op Had Laju Di Kota Kinabalu Keluarkan 232 Saman

3:40pm 11/07/2016 Pak Roshan 190 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

KOTA KINABALU – Polis mengeluarkan 232 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Op Pelbagai dan Op Had Laju di Jalan Kepayan, di sini malam tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M. Chandra berkata operasi dari 11 malam hingga 1.40 pagi yang disertai dua pegawai dan lapan anggota trafik itu bertujuan menurunkan kadar kemalangan dan membendung kegiatan samseng jalanan di sekitar bandar raya berkenaan.

“Antara saman yang dikeluarkan adalah tiada lesen memandu, menghalang lalu lintas, langgar lampu isyarat dan mengubah suai kenderaaan.

“Kami turut menyita sebuah motosikal dan sebuah kereta kerana melakukan kesalahan trafik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Chandra, sepanjang operasi itu, 78 kenderaan diperiksa termasuk 27 motosikal.

“Tiada insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang operasi berkenaan dan operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan