Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Op Nyah Sabah terus diperhebatkan

polis12KOTA KINABALU – Operasi membanteras kebanjiran warga asing yang disyaki pendatang tanpa izin di daerah ini terus diperhebatkan dengan 28 orang lagi berjaya ditangkap dalam operasi bersepadu pada awal pagi hari ini.

Op Nyah Sabah yang disertai oleh 120 anggota dan empat pegawai pelbagai agensi penguatkuasa termasuk dari Ibupejabat Polis Daerah, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu itu diadakan bermula jam 1.00 hingga 8.00 pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra berkata, operasi tertumpu di kawasan perumahan setinggan yang dipercayai didiami oleh ramai warga asing.

“Operasi dijalankan di perumahan setinggan berhampiran pasaraya GMart dan sekitar tapak pasar malam di Inanam serta di Kampung Lokub, Menggatal,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, seramai 67 orang warga asing ditahan dan dibawa ke Balai Polis Karamunsing untuk menjalani siasatan lanjut berkaitan dokumentasi dan juga pemeriksaan air kencing.

“Hasil pemeriksaan, seramai 34 orang kemudian ditangkap kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan sah, masing-masing 24 warga Filipina dan empat dari Indonesia,” katanya.

Kesemua tangkapan kemudian dibawa ke Lokap Berpusat untuk tahanan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.

Selain itu, Chandra berkata, enam lelaki lain turut ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, selepas didapati positif dadah.

“Op Nyah Sabah akan diteruskan dari masa ke semasa bagi membanteras masalah pendatang tanpa izin serta perumahan setinggan di daerah ini,” katanya lagi. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

  OP NYAH SABAH…. Anggota polis membuat pemeriksaan terhadap sebuah rumah setinggan semasa operasi tersebut.
OP NYAH SABAH…. Anggota polis membuat pemeriksaan terhadap sebuah rumah setinggan semasa operasi tersebut.

Komen


Berita Berkaitan