Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Op Kutu Rayau selamatkan kanak-kanak daripada kegiatan mengemis

DISELAMATKAN.. Antara kanak-kanak yang menjalani proses dokumentasi selepas diselamatkan dalam Op Kutu Rayau di sekitar Kota Kinabalu semalam. - foto SAYANGSABAH
DISELAMATKAN.. Antara kanak-kanak yang menjalani proses dokumentasi selepas diselamatkan dalam Op Kutu Rayau di sekitar Kota Kinabalu semalam. – foto SAYANGSABAH

KOTA KINABALU – Seramai 13 kanak-kanak termasuk dua orang bayi berumur satu dan dua tahun, diselamatkan dalam Op Kutu Rayau yang dijalankan di sekitar bandaraya ini malam tadi.

Selain itu, operasi selama sejam di sekitar Pasar Besar dan Sinsuran itu turut menyelamatkan 17 orang dewasa masing-masing enam perempuan dan 11 lelaki termasuk dua orang lelaki yang sakit mental.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, operasi itu diadakan bertujuan untuk membersihkan bandaraya Kota Kinabalu daripada aktiviti pengemis dan kutu rayau.

“Operasi ini juga bertujuan menyelamatkan kanak-kanak daripada diperalatkan untuk mengemis oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya pada sidang media di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, malam tadi.

Terdahulu, beliau mengetuai Op Kutu Rayau yang disertai pelbagai agensi penguatkuasaan yang terlibat dalam operasi itu ialah Polis, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Rela dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Jainab berkata, semua kanak-kanak warga tempatan yang diselamatkan itu akan dihantar terus ke Rumah Kanak-Kanak di Beringgis, Kinarut. Manakala, bagi kanak-kanak warga asing, mereka akan dihantar ke Rumah Pelindungan Ehsan, Kimanis.

“Walaupun, terdapat ibubapa yang datang untuk mengambil anak mereka, namun pihak berkuasa akan tetap menghantar kanak-kanak terbabit ke rumah kebajikan pada malam ini juga (Khamis) sebaik sahaja selesai menjalani proses dokumentasi,” tegasnya.

Menurutnya, tindakan tegas itu adalah sebagai pengajaran kepada ibubapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan dan keselamatan anak masing-masing.

“Kanak-kanak terbabit boleh ditimpa bahaya jika merayau di luar tanpa pengawasan ibubapa atau penjaga,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut menyeru orang ramai agar memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan mengemis kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan