Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

OP Ambang Tahun Baru 2016 di empat kawasan berbeza

8:07pm 01/01/2016 Leolerry Lajius 71 views Jenayah,Tempatan

IMG-20160101-WA0000

KOTA KINABALU: OP Ambang Tahun Baru 2016 telah dilaksanakan di empat kawasan di sekitar Kota Kinabalu dengan kekuatan seramai 14 pegawai dan 241 anggota.

Dalam operasi tersebut sebanyak 150 keping saman telah dikeluarkan,11 orang pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol di tuduh di bawah seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sebanyak 19 buah motorsikal disita kerana penunggang tidak memiliki lesen memandu.

Operasi tersebut juga turut menahan seorang lelaki bersama 87 kotak rokok haram pelbagai jenama dan enam orang lelaki yang ditahan di bawah Seksyen 3(1)Akta Penagih Dadah 1983.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, operasi yang memakan masa selama 13 jam itu dijalankan di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang awam yang sering menjadi sasaran penjenayah.

“Selain memberi tumpuan kepada pencegahan jenayah, operasi ini juga memfokuskan kepada sasaran-sasaran penting seperti resort dan juga pulau,”katanya. Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan