Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

OMAR MAMMAH DILANTIK PEMANGKU KETUA POLIS SABAH

Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Seri Asri Yusoff (tengah) menyaksikan penyerahan Tongkat Kuasa Pesuruhjaya Polis Sabah daripada Datuk Ramli Din kepada Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah dilantik sebagai Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu berkuatkuasa hari ini, menggantikan Datuk Ramli Din yang dilantik sebagai Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.

Pelantikan itu dibuat dalam Majlis Serah Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah di Auditorium Ibu pejabat Polis Kepayan (IPK) Sabah di sini hari ini.

Acara serah tugas dan menandatangani sijil serah terima tugas jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah di antara Ramli dengan Omar itu disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Seri Asri Yusoff.

Dalam pada itu, Omar berkata, beliau akan meneruskan dan mengekalkan kepimpinan cemerlang Ramli sepanjang berkhidmat sebagai ketua dalam kontinjen Polis Diraja Malaysia Sabah (PDRM) sejak Januari tahun lalu.

“PRDM Sabah mencapai banyak kejayaan menerusi kepimpinan beliau dan saya selalu pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah akan meneruskan dasar kepimpinan Ramli dalam melaksanakan tugas ini berpandukan prinsip yang ditetapkan,” katanya.

Omar berkata, terdapat empat fokus utama panduan tugas yang digariskan oleh Ramli sebelum ini akan beliau teruskan iaitu, Back to Basic, Memelihara dan Menghindarkan Rasuah, Perangi Judi dan Polisi Perisikan.

Sehubungan itu, katanya, dalam melaksanakan tugas itu beliau memerlukan kerjasama daripada semua pegawai kanan dan anggota polis di Sabah dalam meneruskan segala perancangan sebelum ini. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan