Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Om Telolet Om’ tular di peringkat antarabangsa

 SEKUMPULAN penduduk di Jepara menanti di tepi jalan raya sambil menggesa pemandu membunyikan hon mereka. - Agensi
SEKUMPULAN penduduk di Jepara menanti di tepi jalan raya sambil menggesa pemandu membunyikan hon mereka. – Agensi

Jakarta: Pengguna Twitter di Indonesia menulis mengenai fenomena ‘Om Telolet Om’ tanpa henti sepanjang 12 jam.

Telolet kini menjadi tajuk paling mendapat paling banyak perhatian di negara itu.

Ia mula muncul di Facebook hampir sebulan lalu dan apa yang mula dilihat sebagai tindakan menggelikan hati dan tanpa sebarang tujuan, kini mendapat perhatian antarabangsa apabila DJ profesional mula mengulas mengenai ‘telolet’ iaitu bunyi hon bas yang unik.

Fenomena ‘Om Telolet Om’ mula tersebar sejak ia dimuat naik ke Facebook, menunjukkan kanak-kanak berdiri di jalan raya di Ngabul, Jepara, Jawa Tengah sambil menjerit ‘Om Telolet Om!’ pada bas.

Perkataan Om Telolet Om itu secara lisannya bermakna, “Pak cik, bunyikan hon, pak cik.’

Apabila pemandu bas itu membunyikan hon mereka kanak-kanak itu akan bersorak gembira.

Sejak mula dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook pada 26 November, video itu ditonton lebih sejuta kali dan dikongsi 44,409 kali.

Kebanyakan pengguna Facebook mengulas dengan komen seperti: “Ia tidak perlukan wang yang banyak untuk bergembira, hanya tunggu bas dan minta mereka bunyikan hon.”

Ramai yang berkata mereka terhibur melihat kanak-kanak bergembira apabila bas memberi tindak balas terhadap permintaan mereka.

Laman web hiburan, Billboard juga mengulas mengenai fenomena itu dengan berkata, bunyi hon itu mungkin akan menjadi tema dalam tarian masa depan.

Fenomena ‘memburu telolet’ bagaimanapun memberi kesan sampingan apabila ia menyebabkan kesesakan jalan raya, termasuk di Jepara.

Sehubungan itu, polis daerah berkenaan menggesa pemandu bas tidak membunyikan hon mereka. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan