Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Olimpik: Pandelela yakin mara ke final

8:25pm 18/08/2016 Pak Roshan 324 views Mutakhir,Sukan
PANDELELA beraksi pada pusingan kelayakan dalam acara 10 meter platform individu di Pusat Akuatik Maria Lenk, sebentar tadi. - Foto Rosli Rahmat

PANDELELA beraksi pada pusingan kelayakan dalam acara 10 meter platform individu di Pusat Akuatik Maria Lenk, sebentar tadi. – Foto Rosli Rahmat

RIO DE JANEIRO: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong optimis dia dan rakan sepasukan, Nur Dhabitah Sabri mampu mara ke final acara 10 meter platform individu di Pusat Akuatik Maria Lenk, sebentar lagi.

“Saya perlu memperkemaskan lagi terjunan sekiranya mahu layak. Cabaran kali ini sememangnya berbeza dan lebih sengit berbanding di London 2012.

“Namun saya yakin, saya dan Dhabitah mampu melepasi halangan separuh akhir. Doakan kami,” katanya.

Pandelela yang juga pemenang gangsa dalam acara itu di London 2012 mengumpul 332.45 mata dalam lima terjunan pada pusingan kelayakan pagi tadi untuk menduduki tempat keenam sekali gus mara ke separuh akhir.

Dhabitah yang terlepas pingat dalam acara 3 meter papan anjal seirama bersama Cheong Jun Hoon pula menduduki tempat kelapan selepas menghimpun 325.85 mata.

Hanya 18 daripada 28 penerjun yang beraksi pada pusingan kelayakan layak ke separuh akhir yang berlangsung jam 9 malam ini waktu Malaysia.

Daripada jumlah itu, 12 penerjun terbaik akan berentap pada aksi final yang dijadualkan 3 pagi esok waktu Malaysia. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan