Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Olimpik: Chong Wei, Lin Dan berentap di separuh akhir

10:13pm 17/08/2016 Pak Roshan 796 views Mutakhir,Sukan
Malaysia's Lee Chong Wei prepares to returns a shot from Singapore's Derek Wong Zi Liang during a Men single match at the 2016 Summer Olympics in Rio de Janeiro, Brazil, Sunday, Aug. 14, 2016. (AP Photo/Kin Cheung)

Malaysia’s Lee Chong Wei prepares to returns a shot from Singapore’s Derek Wong Zi Liang during a Men single match at the 2016 Summer Olympics in Rio de Janeiro, Brazil, Sunday, Aug. 14, 2016. (AP Photo/Kin Cheung)

RIO DE JANEIRO: Hajat menyaksikan pertembungan impian antara dua sensasi badminton, Datuk Lee Chong Wei dan musuh tradisinya, Lin Dan di separuh akhir menjadi kenyataan sebentar tadi.

Ketika Chong Wei mudah menewaskan Chou Tien Chen dari Taiwan 21-9, 21-15, Lin Dan bagaimanapun bergelut dan cemas sebelum melepasi halangan suku akhir.

Pemain nombor tiga dunia itu yang memburu pingat emas hatrik selepas meraihnya di Beijing 2008 dan London 2012 dengan menewaskan Chong Wei terpaksa bertarung dalam tiga set sebelum menundukkan K Srikanth dari India 21-6, 11-21, 21-18.

Kedua-duanya akan bertemu pada separuh akhir Jumaat ini dengan rekod pertemuan memihak jaguh China itu dengan melakar 25 kemenangan daripada 36 pertemuan. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan