Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Olimpik- Azizulhasni raih pingat gangsa

9:57am 17/08/2016 Pak Roshan 135 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sukan
AZIZULHASNI Awang melakar sejarah menjadi pelumba basikal pertama negara memenangi pingat dalam Sukan Olimpik. - Foto EPA

AZIZULHASNI Awang melakar sejarah menjadi pelumba basikal pertama negara memenangi pingat dalam Sukan Olimpik. – Foto EPA

RIO DE JANEIRO: Pakar keirin negara, Azizulhasni Awang melakar sejarah menjadi pelumba basikal pertama negara memenangi pingat dalam Sukan Olimpik apabila meraih gangsa di Velodrom Olimpik Rio, sebentar tadi.

Kejayaan itu harus bermakna buat pelumba berusia 28 tahun yang digelar The Rocketpocketman itu selepas gagal dalam dua percubaan di Beijing 2008 dan London 2012.

Gangsa yang dimenangi pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu juga adalah pingat kedua yang diraih kontinjen negara selepas penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoon memenangi perak dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita.

Perlumbaan yang dua kali dibatalkan selepas pelumba memecut lebih awal sebelum motor pengiring keluar dari trek itu dimenangi Jason Kenny dari Britain yang juga pingat emas keduanya selepas memenangi acara pecut.

Tempat kedua pula diraih pelumba Belanda, Matthijs Buchli. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan