Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘OlaBola’ adaptasi dari kisah benar yang bukan sekadar filem bola sepak

3:30pm 21/01/2016 Leolerry Lajius 388 views Hiburan

OlaBola Poster_EN (1)

KUALA LUMPUR: OlaBola sebuah filem yang diilhamkan dari peristiwa sebenar bakal menggegarkan seluruh Malaysia bermula 28 Januari ini selepas memulakan rangkaian promosi menerusi trailer filem sejak sebulan yang lalu.

OlaBola yang memaparkan kisah pasukan bola sepak kebangsaan pada tahun 80-an yang pada ketika itu berdepan dengan cabaran untuk mengharumkan nama negara mendapat sentuhan hebat dari pengarah box-office The Journey, Chiu Keng Guan.

Jika melihat pada tajuknya sahaja, pasti ramai yang menyangka bahawa filem fiksyen ini akan memaparkan sukan bola sepak sahaja. Namun, filem ini merupakan satu adaptasi yang turut menonjolkan nilai persahabatan, kemahiran sukan, keluarga dan keharmonian masyarakat majmuk yang menjadi inti utama. Malah, setiap pemain turut mengharungi tekanan dari tentangan keluarga, cinta, persefahaman dan kekuatan fizikal untuk terus menggapai impian masing-masing dalam sukan bola sepak.

Watak dalam filem ini turut berhadapan dengan pelabagai peristiwa bagi meninggalkan kesan pada hati penonton, watak Taukeh (JC Chee) yang merupakan watak utama harus memilih jalan sukar sama ada cita-citanya atau menjadi tempat bergantung buat kekasih dan keluarganya.

Watak Muthu (Saran Kumar) yang berusaha merealisasikan cita-citanya untuk menjadi penjaga gol terbaik kebangsaan pula mempunyai hubungan tegang dengan ayahnya kerana tidak merestui impiannya. Menjadi pengelola sukan negara yang berjaya juga diketengahkan melalui watak Rahman (Bront Palarae) yang terpaksa melawan sikap kurang yakinnya, malah penyerang kebangsaan melalui watak Ali (Luqman Hafidz) juga turut berusaha keras untuk menggalas tanggungjawabnya dan jersi impiannya iaitu nombor 10.

Berlatarbelakangkan tahun 80-an, OlaBola membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Bront Palarae, JC Chee, Luqman Hafidz, Saran Kumar, Marianne Tan, Frankie Lee dan ramai lagi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan