Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ola Bola bakal menemui penonton

10:06am 01/11/2015 Ann Vivien 387 views Hiburan,Tempatan
JC Chee, Saran Kumar,Bront Palarae dan Luqman Hafidz

JC Chee, Saran Kumar,Bront Palarae dan Luqman Hafidz

KOTA KINABALU: Selepas berjaya mencipta fenomena tersendiri menerusi filem ‘The Journey’ dan Polis Evo, Astro Shaw akan  menampilkan filem berjudul ‘Ola Bola yang bakal menarik perhatian penonton Malaysia.

Pengarah filem Chiu Keng Guan berkata, beliau kembali mempertaruhkan karyanya bertemakan sukan bola sepak disebabkan minatnya yang mendalam dalam acara sukan itu.
Menurutnya, filem terbabit bakal meninggalkan kesan mendalam kepada penonton dari watak era 70-an yang menggambarkan pemain Malaysia bangkit sebagai wira negara.
“Pihak kami terus komited dalam menghasilkan filem berkualiti dan berharap mampu melakar fenomenanya tersendiri serta mendapat sokongan menyeluruh daripada penonton. Istimewanya, filem ini akan membawa penonton mengimbau kembali kenangan zaman kegemilangan sukan bola sepak suatu ketika dahulu,” katanya dalam kenyataan di sini baru-baru ini.
Terdahulu, filem berkenaan turut menggunakan khidmat profesional dalam bidang khusus teknikal seperti pakar kesan khas visual dan sinematografi udara terbaik.
Proses produksi mengambil lebih kurang satu tahun yang menampilkan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Frankie Lee, JC Chee, Saran Kumar, Luqman Hafidz dan Marianne Tan. Info lanjut boleh layari laman sesawang www.olabola.tv .-Rezae Putra/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan