Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

OKU mati jatuh tingkat 14

oku maut

KUALA LUMPUR: Sebelum ini dia cuba membunuh diri dengan menelan 13 batang berus gigi, tetapi berjaya diselamatkan.

Bagaimanapun, cubaan membunuh diri kali kedua dengan terjun dari tingkat 14 pangsapuri semalam menamatkan riwayat lelaki orang kurang upaya (OKU) itu.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, mangsa berusia 28 tahun yang tinggal berdua bersama bapanya di sebuah pangsapuri di Jalan Klang Lama, dipercayai terjun dari tingkap bilik tidurnya.

Menurut bapa mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 50-an, anaknya sebelum ini tinggal di Johor Bahru dan pernah cuba membunuh diri dengan menelan berus gigi.

Katanya, ketika kejadian dia tidur di biliknya dan tersedar apabila terdengar sesuatu sebelum keluar untuk memeriksa keadaan di rumahnya.

“Ketika masuk ke dalam biliknya, dia tiada di dalam bilik dan saya lihat dia berada di tingkat bawah rumah.

“Dia mengalami masalah kemurungan termasuk mahu membunuh diri sejak setahun lalu,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan