Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

OKU bisu maut kemalangan langgar lari

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

KENINGAU – Nasib malang seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) apabila terbabit dalam nahas jalan raya yang meragut nyawanya di Kilometer 4 Jalan Nabawan-Sapulut dekat Kampung Malinja, di sini kelmarin.

Dalam kejadian itu, motosikal mangsa yang ditunggang bersama anak buah lelakinya berusia 13 tahun dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda ketika dalam perjalanan balik dari pekan Nabawan ke rumahnya di Kampung Malinja Tiga.

Mengesahkan insiden itu, Ketua Polis Daerah, Douglas Taong berkata, kemalangan itu berlaku pada pukul 1 petang Rabu lalu dan mangsa dikenali sebagai Louis Inauk, 35, dari Kampung Malinja Tiga, Nabawan,

“Difahamkan, sewaktu tiba di tempat kejadian, mangsa membelok ke kanan simpang jalan menuju rumahnya, tiba-tiba dirempuh sebuah kenderaan dari arah belakang mengakibatkan mangsa terhumban ke kanan jalan raya dan cedera parah pada bahagian kepala dan badan, manakala pembonceng cedera ringan di kaki.

“Mangsa dihantar ke klinik Nabawan dan kemudian dipindahkan ke Hospital Keningau. Walau bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pukul 8.45 malam pada keesokan harinya,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Douglas berkata, polis sedang mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda terlibat yang melarikan diri ke arah Sook-Keningau, selepas kemalangan itu berlaku.

Katanya, ketika kejadian tidak ada saksi awam yang melihat kejadian itu, justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu polis. Ujarnya, kes itu disiasat mengikut seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan