Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

OCPD TENOM DSP FIRDAUS FRANCIS BERPINDAH KE KUDAT

Firdaus (kiri) menyerahkan dokumen kepada Razali sebagai tanda penyerahan tugas Ketua Polis Daerah Tenom sambil disaksikan oleh Mohamad Zulkarnain (tengah). Gambar SNT

TENOM:  Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Firdaus Francis akan bertukar ke Ibu Pejabat Daerah Kudat menjadi Ketua Polis baru daerah itu dengan kenaikan pangkat Superintendan (Supt) sebelum akhir bulan ini.

 

Manakala tugas OCPD Tenom akan dipangku sementara oleh Asisten Superintendan Polis Ahmad Razali Shaari untuk sementara waktu sehingga ada penggantinya.

ASP Ahmad Razali Shaari, pemangku OCPD Tenom. Gambar SNT

Upacara penyerahan tugas telah diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini pada Khamis disaksikan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Sabah Senior Asistan Komisioner Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman.

Selain itu, Mohamad turut menyaksikan upacara serah menyerah tugas Persatuan Kebajikan Keluarga Polis (PERKEP) antara Raineh Dikun kepada Inspektor Sentiasa Samad.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan