Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

OCEANUS anjur ‘KK best Nasi Lemak’

Nasi lemak bang jambang.
Nasi lemak bang jambang.

KOTA KINABALU: Oceanus Waterfront Mall menganjurkan pertandingan ‘KK best Nasi Lemak’ buat julung kalinya yang diadakan di bangunan pusat beli belah tersebut.

Sebanyak dua kategori telah dipertandingkan dalam program tersebut iaitu kategori individu dan kategori cafe dan telah dinilai oleh tiga orang juri dengan tempoh menyediakan hidangan selama dua jam.

Kuzine Cafe and Catering telah menduduki tempat pertama bagi kategori Cafe disusuli Rasa Sarawak di tempat kedua seterusnya Beringis Resort di tempat yang ketiga manakala bagi kategori individu Nasi Lemak Bang Jambang menduduki tempat pertama disusuli Kartila Kassim di tempat kedua dan Florina di tempat yang ketiga.

Pertandingan tersebut turut  ditaja oleh Ayam Brand dan dimeriahkan dengan kehadiran orang ramai yang turut tidak melepaskan peluang mengikuti program itu sehingga selesai. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Pengadil sedang menilai nasi lemak yang telah siap di masak.
Pengadil sedang menilai nasi lemak yang telah siap di masak.

Komen


Berita Berkaitan