Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Oceanus bersama Eastern College adakan konsert amal Orkestra

4:38pm 17/12/2015 Dewiana Tinggolongon 9 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU- Pusat beli-belah Oceanus Waterfront Mall dengan kerjasama Eastern College Kota Kinabalu akan mengadakan konsert amal Orkestra “Sunset Sonata by the Sea”.

Program yang akan diadakan pada 19 Disember jam 4 petang di laluan berjalan kaki  of Oceanus Waterfront Mall adalah kerjasama dua pihak berkenaan untuk membantu memberi sumbangan kepada Tolumis Care Centre di Tuaran.

Pengurus Besar Pusat beli-belah oceanus Waterfront Mall, Victor Ng berkata konsert berkenaan akan menampilkan sekumpulan pemuzik berbakat dari Eastern College.

“Konsert yang berlangsung selama dua jam itu akan memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati pemandangan indah matahari terbenam sambil menghayati persembahan orkestra,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini (Khamis).

Victor berkata, harga tiket akan dijual iaitu RM50,RM80 dan RM100 dan hasil jualan akan disalurkan terus ke Tolumis Care Centre.

Katanya, konsert berkenaan turut mempersembahkan lagu-lagu krismas, lagu-lagu tempatan dalam bahasa Melayu dan Kadazan dan beberapa lagu klasik dari Morzart dan Bach.

Sementara itu beliau berkata, Tolumis Care centre terletak di jalan Pantai Dalit Kampung Dungang Tuaran dan rumah berkenaan menempatkan 13 Orang Kurang Upaya (OKU).

Rumah berkenaan telah ditubuhkan pada 1997 dan sekarang ia diurus oleh Ching Mee Sapai.

Katanya dalam musim berkongsi dan memberi ini dan untuk menjalankan Tanggungjawab Sosial Masyarakat (CSR) ia adalah inisiatif baik untuk membantu golongan berkenaan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai acara berkenaan boleh menghubungi jabatan promosi Oceanus Waterfront Mall di talian 088347949.- oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan