Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Oceanus anjur ‘Media Night Christmas and New Year Celebration’ tanda penghargaan pengamal media

Datuk Johnson(Berdiri) bersama tetamu yang hadir pada malam tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan
Datuk Johnson(Berdiri) bersama tetamu yang hadir pada malam tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: Oceanus Waterfront Mall Kota Kinabalu mengadakan ‘Media Night Christmas and New Year Celebration’ yang diadakan di VIP Platform bangunan   pusat beli belah tersebut.

Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Beli Belah Oceanus Datuk Johnson Koh, majlis tersebut merupakan salah satu tanda penghargaan kepada pihak media yang sentiasa menyokong pihak Oceanus dalam pelbagai program yang telah dianjurkan.

“Pihak kami merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak media kerana sentiasa menyokong pihak Oceanus dalam membuat liputan setiap program yang telah kami anjurkan dan majlis ini merupakan tanda penghargaan kami kepada pihak media, “katanya.

Majlis tersebut yang turut mengadakan pertandingan karaoke dan cabutan tiket bertuah  dimeriahkan dengan kehadiran pengamal media dari pelbagai agensi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Acara karaoke yang merupakan salah satu acara pada malam tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan
Acara karaoke yang merupakan salah satu acara pada malam tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Komen


Berita Berkaitan