Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Obses Pokemon Go, 2 Remaja Jatuh Tebing

11:35am 15/07/2016 Pak Roshan 2499 views Global

29906170001_5036358821001_5036336905001-vs

AKIBAT terlalu obses dengan permainan atas talian yang menjadi kegilaan penduduk dunia sekrang ini iaitu Pokemon Go, dua remaja lelaki terpaksa dirawat di hospital setelah terjatuh dari tebing di Encinitas, San Diago, Amerika Syarikat, Rabu lalu.

Menurut laporan pegawai pasukan bomba dan penyelamat tempatan, Robbie Ford kepada sebuah laman akhbar tempatan, salah seorang daripada mangsa jatuh dari ketinggian 15 meter manakala seorang lagi pada ketinggian 24 meter.

Difahamkan, kedua-dua mangsa berumur 21 dn 22 tahun. Mereka dikejarkan ke hospital Scripps La Jolla,namun tidak dapat dipastikan tahap kecederaan yang dialami mangsa.

Jelas Ford, salah seorang daripada mangsa memberitahu pihak polis bahawa mereka sedang bermain Pokemon Go, tanpa disedari mereka terjatuh dari tebing.

9651971e20f84d08a6c032362543651a2_r900x493-768x421 Pokemon-Go-645x645-500x500

 

Meskipun sudah dipasang tanda amaran berkaitan keadaan tebing yang tidak stabil, kedua-dua mangsa tetap memanjat pagar sekatan untuk mencari Pokemon . Demikian keterangan pejabat sherif San Diego .

Insiden ini merupakan salah satu daripada kejadian yang berlaku melibatkan permainan Pokemon Go yang menajdai kegilaan ramai sejak dilancarkan awal bulan ini.

Sebelum ini, pernah dikhabarkan, seorang remaja berasal daripada Wyoming, Amerika Syarikat menemui mayat seorang lelaki di sebuah sungai dalam usaha mencari Pokemon. -MYNEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan