Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Objek Dikesan Sah Milik Pesawat AirAsia QZ8501

Recently-Updated33

Objek-objek yang ditemui sebentar tadi di permukaan laut di perairan Kalimantan ketika pencarian pesawat AirAsia QZ8501 disahkan daripada pesawat berkenaan.

Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Indonesia Djoko Murjatmodjo berkata, untuk waktu ini, ia adalah sah milik pesawat berkenaan yang hilang sejak awal pagi Ahad.

Menteri Pengangkutan Indonesia akan segera berangkat ke Pangkalanbun iaitu pusat operasi bagi pencarian pesawat itu di Indonesia kerana ia terletak berhampiran operasi pencarian.

Selain itu, sumber dari pasukan pencarian turut mengesan visual berupa manusia berhampiran dengan serpihan pesawat tetapi tidak diketahui masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Objek lain seperti bagasi penumpang dan serpihan lain pesawat turut ditemui oleh pesawat yang melakukan pencarian di kawasan berkenaan.

“Badan manusia yang dikesan kelihatan seperti sudah membengkak dan kembang,” kata Leftenan Pertama Tri Wibowo yang berada di atas pesawat Hercules C-130 seperti dilaporkan laman web Kompas.com.

Pasukan pencarian Indonesia bersiap sedia untuk berangkat ke lokasi pencarian pesawat AirAsia QZ8501 yang sudah pun ditemui serpihannya.

Pihak pengurusan AirAsia juga dilaporkan akan menerbangkan ahli keluarga penumpang pesawat QZ8501 ke lokasi pencarian esok tetapi tidak dimaklumkan lagi jenis pesawatnya.

Dilaporkan pasukan penyelam akan turut digunakan untuk meninjau keadaan dasar laut di sana kerana kedalamanynya hanya sekitar 25 hingga 30 meter sahaja.

Pesawat itu hilang dari radar awal pagi Ahad lepas pada kira-kira pukul 7.24 pagi ketika dalam penerbangan ke Singapura dari Surabaya difahamkan menghadapi cuaca buruk.

Operasi mencari hari ini sudah masuk hari ketiga dan helikopter serta pesawat Badan Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (BASARNAS) sedang diterbangkan ke lokasi serpihan pesawat ditemui. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan