Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Obama pun sukar temui Messi

9:23am 25/03/2016 Pak Roshan 6 views Global
GAMBAR hiasan, Messi (kiri) dan Obama.

GAMBAR hiasan, Messi (kiri) dan Obama.

Buenos Aires: Peminat pemain bola sepak terbaik dunia, Lionel Messi yang tidak kesampaian bertemu dengan bintang itu mungkin ‘terpujuk’ apabila mengetahui lelaki paling berkuasa di dunia pun tidak dapat menemuinya sesuka hati.

Berucap ketika lawatannya ke Argentina kelmarin, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, dia membawa kedua-dua anak perempuannya bersama untuk melihat negara itu dan berjumpa dengan beberapa orang terkemuka.

Sasha dan Malia sehingga semalam masih belum berpeluang menemui Messi.

“Saya membawa kedua-dua anak saya ke sini agar mereka dapat melihat keindahan Buenos Aires.

“Mereka sudah pun menemui seorang yang sangat terkenal di Argentina – Pope Francis. Kini mereka mahu menemui Messi, tetapi saya tidak boleh mengaturkan pertemuan itu,” kata Obama. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan