Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Obama pemimpin paling popular

GAMBAR fail menunjukkan Obama (tengah) bersama Cameron (kiri) dan Merkel.
GAMBAR fail menunjukkan Obama (tengah) bersama Cameron (kiri) dan Merkel.

London: Presiden Barack Obama terpilih sebagai pemimpin paling popular di dunia.

Kajian yang dijalankan di 65 negara dan membabitkan 64,000 orang untuk menyenaraikan ‘Indeks Pemimpin Antarabangsa’ menunjukkan 59 peratus responden memilih Presiden Amerika Syarikat itu sementara 29 tidak menyukainya.

“Pressiden Obama jelas disukai di seluruh dunia berbanding pemimpin lain,” menurut WIN/Gallup yang menjalankan kajian itu.

Obama disusuli oleh Canselor Jerman Angela Merkel. Perdana Menteri Britain David Cameron pula menduduki tempat ketiga dengan undian yang paling banyak diperoleh daripada responden di Asia.

Turut tersenarai ialah Presiden Perancis Francois Hollande yang menduduki tangga keempat, diikuti Presiden Russia Vladimir Putin. Presiden China Xi Jinping pula berada di tangga keenam, Perdana Menteri India Narendra Modi, ketujuh.

Pemimpin dunia kelapan paling popular ialah Presiden Brazil Dilma Roussef, diikuti oleh Raja Salman dari Arab Saudi dan Presiden Iran Hassan Rouhani (10th). – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan