Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Nyawamu masih panjang’

Keadaan bayi yang diselamatkan anggota polis di kawasan berlumpur. – FOTO Ihsan Daily Mail

 

NYAWA bayi tujuh bulan masih panjang selepas dicampak ibunya dipercayai tidak siuman ke dalam sungai dari atas jambatan setinggi 36 meter di Sao Luis, Rio de Janeiro, timur laut Brazil.

Kejadian berlaku pada tengah hari Ahad lalu, menyebabkan orang ramai di kawasan itu terpinga-pinga dengan tindakan wanita, 23, tiba-tiba melempar bayinya dari Jambatan Jose Sarney.

Bayi itu bernasib baik kerana kejadian disedari dua anggota polis tidak bertugas yang melalui kawasan berkenaan lalu terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan bayi terbabit.

Danilo Pestana dan Herberth Ribeiro ketika itu dalam perjalanan pulang selepas sesi latihan bola sepak pada 2 petang.

“Sungai berpaya menyebabkan agak sukar mencari bayi itu. Namun, kami berjaya menemuinya ketika dia hampir lemas dengan lumpur penuh dalam mulutnya.

“Sayu melihat dia menangis dan bersyukur dapat bertindak cepat,” kata Pestana.

Bayi terbabit kemudian dihantar ke Hospital Djalma Marques untuk rawatan, manakala ibunya yang ditahan, mengaku mengalami masalah mental dan kemurungan.

Wanita itu dihantar untuk ujian psikiatri dan boleh berdepan dengan dakwaan cubaan membunuh bergantung kepada keputusan ujian berkenaan. – Daily Mail / HMetro

Komen


Berita Berkaitan