Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nyawa masih panjang

LELAKI berkenaan dengan pisau pada kepalanya sebelum dia menjalani pembedahan. - Agensi
LELAKI berkenaan dengan pisau pada kepalanya sebelum dia menjalani pembedahan. – Agensi

Beijing: Seorang lelaki berjaya diselamatkan walaupun selepas dia ditikam di kepala dalam satu pergaduhan.

Menurut polis, lelaki berkenaan ditikam ketika pergaduhan membabitkan dua kumpulan yang bermusuhan di bandar Lianyungang, timur China.

Orang ramai yang melihat kejadian itu membantu lelaki terbabit dengan menghantarnya ke hospital.

Media tempatan melaporkan, polis berjaya menangkap orang yang didakwa menikam lelaki itu.

Bagaimanapun, lelaki terbabit bukan orang pertama berjaya diselamatkan selepas mengalami kecederaan serius seumpama itu.

Beberapa bulan lalu, seorang lelaki tiba di sebuah hospital di Colombia dengan pisau terpacak di mukanya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan