Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nyatakan Pandangan, Tegur Pemimpin Ada Adabnya – Najib

8:44pm 12/12/2015 Pak Roshan 12 views Mutakhir,Politik
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada sesi penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO Ke-69 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. - Foto BERNAMA

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada sesi penggulungan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO Ke-69 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR – Ahli UMNO diingatkan sentiasa mengamalkan sikap hormat menghormati, taat setia kepada pemimpin seiring dengan prinsip memartabatkan bangsa Melayu dan menjunjung syiar Islam.

Presidennya, Datuk Seri Najib Razak, berkata ahli parti seharusnya menghayati sifat yang patut dicontohi di dalam Melayu dan Islam itu sendiri.

“Budaya kita sebagai orang Melayu, kita di ajar apa. Kita diajar dengan sikap hormat menghormati, taat setia kepada pemimpin dan hormati santun budi. Ada kaedahnya, usikan mahupun untuk nyatakan pandangan pada pemimpin perlu ada adabnya.

“Begitu halusnya orang Melayu, jati diri orang Melayu. Nak tegur ada kaedahnya, dalam UMNO pun ada kaedahnya kerana itu cara orang Melayu, bersopan dan tertib.

“Sebagai parti yang menjunjung Islam pula, agama ajar kita saling percaya mempercayai dan mesti ada roh dan jiwa Islam. Prinsip walak yang saya sebutkan dalam ucapan dasar, saya mahu lengkapkan dengan konsep penelitian.

“Kalau datang apa-apa khabar kita tidak boleh terima bulat-bulat, perlu selidik, siasat dan teliti supaya jangan terjadi fitnah,” katanya ketika ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang ini.

Najib turut mengambil sejarah kejatuhan empayar kesultanan Melayu Melaka disebabkan kehilangan prinsip walak taat setia sehingga mewujudkan permusuhan dalaman.

Beliau berkata, begitu juga dengan empayar Uthmaniyah yang pernah suatu ketika dunia menjadi empayar terbesar dunia tetapi akhirnya runtuh hanya disebabkan menghadapi masalah dalaman.

“Orang boleh berbunuhan kerana fitnah, …sebab itulah kalau UMNO parti kegemilangan Melayu, tempat orang Melayu berteduh bergantung harap jika tiada kesetiaan, disiplin dan ketaatan, UMNO akan habis,” katanya. – BHarian Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan