Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nyaris maut terkena tembakan dihutan

8:30pm 10/02/2016 Ann Vivien 2866 views Jenayah,Tempatan

explosion

KENINGAU: Seorang lelaki nyaris maut terkena tembakan semasa membuat jerat ayam hutan di kawasan hutan berhampiran Kampung Bangau pada Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, hasil siasatan awal lelaki yang yang berumur 37 tahun itu telah pergi ke kawasan hutan berkenaan seorang diri sejak dari 8 Februari jam lebih kurang 4.00 petang dengan menaiki motosikal dan motosikalnya ditinggalkan di tepi jalan kawasan hutan berkenaan.

Katanya, ketika mangsa sedang merintis untuk membuat laluan baru dan sampai di tempat jerat ayam hutan telah terdengar bunyi tembakan dan mangsa terasa kaki kirinya kebas. Mangsa kemudian telah menjerit meminta pertolongan tetapi tiada yang membantu.

“Selepas terkena tembakan mangsa kemudian pengsan dan tersedar lebih kurang jam 5.00 pagi pada 9 Februari. Mangsa kemudian telah merangkak lebih kurang selama satu jam untuk keluar ke tepi jalan untuk menghubungi  adiknya (pengadu). Pengadu kemudian bergegas  untuk mengambil mangsa dan apabila sampai di kawasan berkenaan mangsa telah memaklumkan bahawa mangsa telah terkena tembakan semasa membuat jerat” katanya dalam sidang media di IPD di sini pada Rabu.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Katanya, pengadu kemudian membawa mangsa ke hospital Keningau untuk  rawatan dan semasa rawatan dijalankan didapati ada lima kesan luka pada punggung an paha mangsa dan menurut doktor yang merawat kesemua peluru hanya terkena pada otot dan tidak mengenai tulang.Mangsa kemudian telah dihantar ke hospital Queen 2 Kota Kinabalu untuk menjalani pembedahan mengeluarkan peluru yang ada pada badan mangsa. Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan