Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Nyaris maut kerana seloroh hari perkahwinan

11:10am 06/11/2015 Pak Roshan 4387 views Global
PENGANTIN perempuan itu diusung masuk ke kereta untuk dihantar ke hospital.

PENGANTIN perempuan itu diusung masuk ke kereta untuk dihantar ke hospital.

engzhou: Hari perkahwinan sepasang pengantin berakhir dengan tragedi apabila pengantin perempuan nyaris maut setelah cedera parah akibat cubaan untuk berseloroh.

Pengantin wanita itu keluar dari kereta setibanya di tempat majlis berlangsung apabila pengiring pengantin lelaki memautnya dan melambungnya untuk meraikan majlis berkenaan.

Perbuatan berseloroh seumpama itu di majlis perkahwinan adalah sebahagian tradisi masyarakat Cina.

Bagaimanapun, dalam kejadian berkenaan, pengantin perempuan itu terjatuh dengan kepalanya terhentak ke tanah apabila pengiring terbabit gagal menangkapnya dengan betul selepas melambungnya.

Majlis itu kemudian dihentikan dan wanita itu dikejarkan ke hospital.

Dia dimasukkan ke jabatan kecemasan, tetapi dilapor semakin pulih.

Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan kejadian yang berlaku di Tengzhou, bandar di wilayah Shandong, timur China itu berkata, wanita berkenaan tidak gembira dengan apa yang berlaku kerana dia terlepas peluang meraikan hari perkahwinannya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan