Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nyaris langgar buaya

PASUKAN mencari pekerja ladang yang dikhuatiri dibaham buaya.
PASUKAN mencari pekerja ladang yang dikhuatiri dibaham buaya.

Sandakan: Bot dinaiki anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) seorang pekerja ladang yang dikhuatiri dibaham buaya di Sungai Lung Payau, Segaliud dekat sini, berdepan detik cemas apabila hampir terlanggar seekor buaya di tebing sungai berkenaan, kelmarin.

Dalam operasi bermula jam 8.30 pagi itu, seekor buaya sepanjang 1.5 meter dilaporkan tiba-tiba turun dari tebing dan hampir terkena pada enjin bot dinaiki anggota pasukan penyelamat terbabit.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sabah Muliadi Al-Hamdi Ladin berkata, pihaknya menghantar sepuluh anggota dan berjaya membawa masuk sebuah bot utiliti ke lokasi pencarian.

“Ketika operasi itu, bot pasukan penyelamat hampir terlanggar seekor buaya yang tiba-tiba turun ke dalam air dari sebuah tebing.

“Bagaimanapun, operasi SAR tidak tergendala atau berlaku sebarang perkara tidak diingini,” katanya ketika dihubungi, semalam.- myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan