Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nyaris hilang senjata sulit kerana curang

PASUKAN perubatan membantu Somchai yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kaki lima kedai.
PASUKAN perubatan membantu Somchai yang ditemui dalam keadaan berlumuran darah di kaki lima kedai.

Pattaya: Gara-gara menjalinkan hubungan sulit dengan rakan baik isterinya sendiri, seorang lelaki hampir kehilangan kemaluan akibat dikelar wanita berkenaan.

Serangan berlaku apabila wanita yang bekerja sebagai penjual ayam goreng itu berang selepas mengetahui suaminya curang dengan rakan baiknya sendiri.

Wanita itu dilaporkan berpura-pura mahu melakukan hubungan seks dengan suaminya sebelum mengeluarkan pisau pemotong kotak dan terus mengelar kemaluan lelaki itu.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Somchai menjerit kesakitan dan terus berlari keluar rumah dalam keadaan bogel.

Isterinya yang panik kemudian segera menghubungi ambulans untuk meminta bantuan.

Pasukan perubatan yang datang ke lokasi kejadian menemui Somchai dalam keadaan berlumuran darah duduk di kaki lima kedai.

Satu beg ais turut diletakkan di celah kelangkang lelaki itu.

Pasukan perubatan segera membawa Somchai ke hospital dan isterinya turut menemaninya.

Doktor memberitahu, Somchai cedera parah dan kehilangan banyak darah akibat perbuatan isterinya itu.

Bagaimanapun, keadaan Somchai dilaporkan stabil dan dia dijangka pulih seperti sedia kala.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, pihaknya akan mengambil keterangan Somchai sebelum memutuskan tindakan yang bakal diambil terhadap isterinya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan