Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Nurul Izzah sokong cadangan jambatan Labuan

Nurul Izzah sokong Jambatan Labuan. Gambar Bernama

LABUAN, 19 Sept (Bernama) — Parti Keadilan Rakyat menyokong cadangan pembinaan jambatan Labuan yang sudah lama tertangguh dengan menyifatkannya sebagai cara perhubungan yang cekap dan selamat antara penduduk pulau bekas cukai ini dengan Sabah serta sebaliknya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berkata masalah pengangkutan di Sabah, Labuan dan Semenanjung sentiasa menjadi keutamaan dan fokus utama ramai pemimpin negara ini.

“Maksud saya ialah, apabila kita menggunakan laluan itu (jambatan), ia memudahkan pengangkutan untuk memastikan penduduk di sini dapat berulang-alik dengan cekap dan selamat,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri Jelajah Reformasi 20 Tahun Bersama Rafizi Ramli di sini malam tadi (Selasa malam).

Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh berkata isu itu harus dipertimbangkan oleh kerajaan hari ini, walaupun pembinaannya tertakluk kepada kajian dan keadaan kewangan kerajaan.

“Saya akan menulis kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad (keperluan untuk merealisasikan jambatan) dan sebagai mata dan telinga rakyat kita harus memainkan peranan berdasarkan apa yang dihadapi oleh rakyat.

Sudah tentu terdapat banyak isu yang harus ditangani, lebih-lebih lagi mengenai isu-isu yang menjejaskan rakyat Labuan,” katanya.

Naib presiden PKR, Rafizi Ramli yang bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang akan datang turut menyokong cadangan pembinaan jambatan itu.

Khalid ketika melawat Labuan hujung minggu lalu berkata kajian kemungkinan tekno-ekonomi RM15 juta mengenai jambatan Labuan-Menumbok yang dicadangkan itu telah dibatalkan kerana kosnya yang tidak munasabah, namun projek itu masih dalam pertimbangan kerajaan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan